Wednesday, December 8, 2010
Selamat Menyambut Awal Muharam
Monday, December 6, 2010
**mmm.....saya bingung**
Sunday, December 5, 2010
aktiviti masa cuti..
Wednesday, November 10, 2010
**11.11.11**
BI-A
**10.11.2011**
Saturday, October 23, 2010
**big secret**
Saturday, October 9, 2010
**airmata wanita**
hari ni kita nk bincang sikit tentang air matawanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..
air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.
kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.
ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.
so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..
kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!
ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)
tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,
"tangan yang di sangka
lembut menghayun buaian
mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.
dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."
"Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia.. dengan kasih sayang"
Friday, August 20, 2010
**BuAt KeTuPat**
Friday, August 13, 2010
11 Ogos 2010 bersamaan dgn 1 Ramadhan 1421
Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak kepada semua umat Islam..semoga Ramadhan tahun ini menjanjikan yg lebih baik..insyaAllah..semoga kita dapat melalui bulan puasa ini dengan penuh sabar dan tenang..
Tahun ni adalah tahun ke-2 saya berpuasa di bumi Sarawak ini..walaupun hari ni hari pertama puasa..tapi malangnya saya tak dapat merasai nikmat puasa itu sebab saya tak dapat puasa..huhu..xpela..redha je la..sok lusa leh puasa gak kan..orang pompuan biasela..hehe..
Hmm..pagi-pagi lagi saya teringat kat famili di kampung..teringat suasana berpuasa di kampung...masa saya kecik-kecik dulu, saya ingat lagi..kalau tuk buke pose..mama mesti buat kuih..antara kuih yang mama selalu buat ialah kuih sira pisang, onde-onde, kuih biji nangka, kuih lompat tikam, pengat durian, dan banyak lagi la..lauk-lauk tuk berbuke pn agak spesel sket..sangat best..
Kalau kat umah..bangun sahur pukul 5 am..mama kejutkan..nasib baik saya ni senang bangun..hehe..masa sahur pun makan mcm mkn tengahari je..heheh...klu dulu masa sahur mama mesti wat air teh panas..skang ni..tmbah sket..teh ngan milo..sbb ayah skang xleh minum teh..xkisah la ape2 pn..sumer yg mama wat best..
Tapik skang ni dok sndiri..berpuasa kat sarawak lak tu..jauh sgt ngan famili..byk bnda yg tak ada di sini..tapi saya kena beradaptasi ngan keadaan..syukur dgn apa yang ada..jangan nak mintak lebih-lebih..sebab nanti kalau xde kite gak yang sedih kan...huhu...
Skang ni kat cni kena bgn awal sahur..awal sejam dari semenanjung..kena bgn sahur pukul 4am..bukak pose pn awal..pkul 6.30pm..hehe..tu yg best..tp mkananye xbape best..huhu..nak masak pn benda yg sama gak..huhu..kena cari kelainan sendiri...tp diri ini tidak kreatif bah...huhu..
Xpela..ape2pun..kite ttp berpose gak kan..yg penting skang ade lg 3 minggu jer saya nk balik..yeah3x....balik raya..hehe..:-)
10 Ogos 2010...1st visit by NAZIR @ JPN Sarawak to My school..
Salam y alls...
Dah nak masuk 2 tahun saya mengajar di SK Melaban ni..byk dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi..sepanjang tinggal saya sangat perlu bersabar dengan macam-macam perkara yang berlaku..(eh da lari tajuk la)..hehe..okey2..pasal lawatan NAZIR ni..kata GB kat sekolah saya..sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ni inilah 1st time NAZIR melawat sekolah..reason dia..sbb sekolah kami ni pedalaman..susah nak datang..(yer, betul..memamg susah..)..tapi hari ini dalam sejarah..pada tahun kedua saya di sini ada pulak NAZIR datang melawat..(bagus jugak..leh baiki apa yang kami buat..kalau ada kesilapan..)..ada baik dan ada buruknya..hmm..yang buruknye ialah..lawatan diorang membuatkan saya stress ngan keje yang banyak nak kena settle..kena gak wat preparation kan..diorang datang ni pun sebab ade satu program baru dalam education..nama program tu..LINUS..LITERASI+NUMERASI..khas tuk murid-murid tahun 1..sebab skang ni perancangannya dia nak fokus pelajaran dari tahun 1 lagi..
Akceli saya tak terlibat pon dalam LINUS ni secara langsung..secara tak langsung tu ade la jgk..orang yang bertanggungjawab tuk LINUS ni adalah cikgu BM dan MATH tahun 1.. saya Cuma ngajar PEND MORAL je thn 1 tu..tapi disebabkan kami kekurangan kakitangan..saya disuruh menolong cikgu LINUS tu..xpela..tolong demi sekolah kan..seminggu gak saya tolong dia wat fail-fail tuk LINUS tu..nak dijadikan cerita..cikgu yang saya tolong tu sampai sakit-sakit dan kena admit hospital..hmm..(tensen sangatla tu)..xpela..nak wat camana..dia bukannya nak sangat sakit tu kan..tapi yang tak best nye..keje-keje dia jatuh atas saya la pulak..hmm...penat sia bah..dua minggu ni..dah la saya nak kena hias kelas lagi..kelas tahun 2 tu..yela..saya ni bukannya kreatif sangat..so, saya pun beli la sticker-sticker cartoon tuk lekat kat dalam kelas Tahun 2 tu..ok la sket..kat bawah ni ade saya letak gambar kelas saya yang xbape cantik sangat tu..haha..xkisahla xcantik pun..saya da usaha da..itu jer yang saya mampu.....
Akceli skang ni dorang ngah bincang pasal LINUS tu..saya lak da settle sumer keje xtau nak bt apa..tu yang saya update blog..haha..hopefully semuanya ok la..insyaAllah..sok puasa..so, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Thursday, July 29, 2010
**SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERSAMA MENTOR& MENTEE..HEHE**
Wednesday, July 21, 2010
**July..the month dat i was born**
21 Julai 2010..
Hmm..da sebulan saya tak menulis ddalam blog saya..macam da xde semangat..akceli byk citer nk tulis tapi disebabkan saya kekurangan masa tuk ber”tenet”..so,kurangla masa tuk saya blogging..
Ape peristiwa yang berlaku bulan 7 ni..hmm..ok saya citer satu persatu..
1. Hasrat saya tuk pakai braces bln ni terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hmm..saya agak kecewa la jugak tapi apa boleh buat..sudah ditakdirkan..huhu..tapi saya akan meneruskan hasrat saya ini selepas raya nanti..insyaAllah..
2. Perubahan keadaan di tempat kerja saya...hmm..agak menyedihkan..makin lama makin banyak kesabaran yang saya perlukan..sebab semakin kuat dugaan yang saya perlu hadapi di sini..semangat saya pula kadang-kadang OK..kadang-kadang lak KO..xtau la... en.BF a.k.a da byk tolong saya dalam hal ni..dan saya rasa dia da cukup memahami keadaan saya di sini..yela...apa hal yang berlaku ofkos la saya inform kt dia..apa-apa masalah mesti saya mengadu ngan dia..thnks a lot to my B..
3. Apa perubahan tu..hmm..biasalah..kan saya kerja kat pedalaman..so, tempat saya ni pakai generator jer tuk pasang elektrik..kalau masa saya mula-mula datang dulu..memangla dia pasanag 24 jam..tapi skang ni da xboleh 24 jam..Cuma dapat 12 jam saja.. memula tuh mmgla rs tensen ngan keadaan tuh..tp2 lama-lama saya boleh adapt kot..adapt ape..xde perubahan pon ngan rutin harian saya..bertambah bosan ade la..sebab da xelh tgk tv petang-petang kan.. xpela..akceli tu cuma masalah kecik jer..
4. Ade peristiwa sedih dan menyakitkan hati saya..hmm..aritu saya nak buat personal loan..yela saya ni kn budak baru..xpenah buat loan pon..so,xtau sgtla ape yg diperlukan tuk buat bnda tuh..then, saya pn pegila kt sebuah bank..die bg borg..tgk dokumen..sumer ok katanyer..Cuma kena amik tandatangan pegawai PPD jer..okla..tp yg sedihnyer saya pegi PPd 3 minggu br dpt tandatangan Boss..tp bile pegi bank..rupa2nyer lain pulak yg die nak..saya da sakit hati dan geram..last2 saya buat keputusan saya da tak nak buat loan tu..kalau saya nak buat pn ngan bank lain..hmm..
5. Saya da beli tiket tuk balik raya.. yeah2..tapik yg sdihnyer..tiket raya saya mahal giler..RM 1K++..klu mcm ni dpt gaji mahal pon xde maknenyer..sbb duit abes beli tiket jer..hmm..
K la..tu je kot setakat ni..nanti saya update lg..klu x tiap2 hari pn..maybe tiap minggu kot..k la..adios..
Monday, June 28, 2010
**setelah sebulan**
Friday, June 11, 2010
**aktiviti hari cuti**
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 15, 2010
**selamat hari guru**
Friday, May 14, 2010
**orang baru**
Thursday, May 13, 2010
**teringat cerita kakak**
Wednesday, May 12, 2010
**hari ini-13 Mei 2010**
- soalan PKSR (Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah a.k.a ujian pertengahan tahun)
- order barang sekolah..GB br je bg pg td..nak kena siapkan minggu ni jgak plak tu..mcm2 hal..
- bagi budak tahun 5 jawab latih tubi @ ujian bersama math..
- pastu kena tanda n bg markah n wat analisis..minggu ni jgak..tapik..minggu ni ade 2 hari je lg..sempat ke??soalan br dpt semlm..sume bnda last minute dapat n nk result cepat..huhu..
- mcm biase..lesson plan harian..da seminggu tertangguh..
- minggu depan PPD nk dtg lg..ngan pegawai PPD sekali..rajin tul dorg ni nk dtg walopn sekolah kami jauh..hmm..(mmgla bagus..tapik terlalu rushing laa)..sbb next week jgkla minggu ujian..camner nih)..
Sunday, May 9, 2010
**HePi MoThEr'S dAy To My Mum**
Thursday, May 6, 2010
**yang terindah - dedicated to Mr.B**
**ku percaya ada cinta**
Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala
Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi…
**baca blog kawan**
**hari ini**
Saturday, April 24, 2010
**Muhasabah Diri**
**fahami pasangan**
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.