+cikgu emma's life+

**sayalah permata anak kesayangan..
kebanggaan ayah dan ibu..
saya dibesarkan dengan kasih sayang..
hanya yang terbaik untukku..
menjadi harapan..
di masa hadapan..sayalah anak yang cemerlang**

Friday, April 29, 2011

**feeling**

20/04/2011

Assalamualaikum..

Yang semalam nyer entry pun tak dapat post lagi,tapi nak gak tulis untuk harini..hehe,takpela kan,saya tuliskan tarikh dia. Hmm,bukan saje nak mengeluh..tapi harini saya terbaca sesuatu yang juga ada kaitan dengan apa yang saya rasa..ada kawan saya cakap dia da bosan dengan kehidupan kat sini, dengan rutin yang sama setiap hari, jumpa muka-muka yang sama setiap hari..saya pun rasa macamtu jugak,perasaan yang sama..

Semalam saya ada baca blog sorang kawan blogger ni, blog dia menceritakan tentang pendidikan..yelah sebab dia pun cikgu kan..apa yang saya nak cerita ialah,blog dia yang bertajuk (Jom ke Pedalaman)..menarik gak la..korang baca lah yer..dalam blog tu dia ada mengatakan lebih kurang macamni la..”kita jangan terlalu benci atau takut apabila ditempatkan di pedalaman kerana nanti kita akan jatuh hati dengan tempat tersebut, dan kita juga jangan terlalu teruja apabila bertugas di sana kerana nanti kita akan berasa bosan”..itu lebih kuranglah,sebab saya kurang ingat yang betul-betulnyer ayat..tapi maksud dia lebih kurang macam tu..

Apa yang saya nak kaitkan di sini ialah..saya seorang guru yang mengajar di pedalaman..tapi apa yang dikatakan oleh penulis itu langsung tak terkena pada saya..saya tidaklah benci atau takut dan saya juga tidak terlalu teruja.

Nak flashback sikitlah kan..saya dulu asalnya belajar di Sabah..4 tahun saya di Sabah..masa belajar,memanglah seronok..saya happy di sana..tapi bila 4 tahun di tempat orang yang sangat jauh dengan tempat sendiri,saya teringin untuk pulang ke kampong atau berada dekat dengan kampong,sekurang-kurangnya saya dapat balik semenanjung lah..dengan perasaan itu,saya pun isi borang penempatan dan saya memilih negeri Pahang. Setelah menunggu hampir 2 bulan, keputusan penempatan keluar dan saya ditempatkan di negeri Sarawak..apa perasaan saya apabila melihat skrin yang memaparkan keputusan tu?..tipulah kalau cakap saya happy kan..pada mulanya air mata saya menitis kerana terkejut. Saya langsung tak jangka yang saya akan ditempatkan di tempat yang sejauh itu. Setelah family saya nasihatkan saya barulah saya terima kenyataan dan berbekalkan semangat dan tanggungjawab saya untuk mendidik anak bangsa, saya kuatkan semangat untuk tersukan perjalanan hidup saya ke Sarawak..

Perasaan bercampur baur,risau,takut,kecewa, gembira sketla sebab baru nak start keje. Saya punya anggapan pedalaman yang sangat susah,rumah guru pun buruk..tapi masa saya mula-mula sampai di sini, secara jujurnya saya rasa ok jer sebab masa tu ada kemudahan seperti elektrik 24 jam, ada line telefon,kemudian lak ada internet. Masuk tahun ke-2 pulak..saya dah mula rasa bosan,bila difikirkan kita macam terkurung di sebuah tempat yang kecil,dengan muka-muka yang sama setiap hari tambah pulak dengan elektrik yang sudah kurang jam nyer..saya mula rasa tertekan. Tambah lagi tekanan apabila line telefon pun dah takde,dugaan sungguh..

Masa tahun ke-2, saya asyik mengadu dengan my dear tentang tekanan yang saya hadapi,saya asyik cakap benda yang sama dengan dia..sampailah suatu saat dia cakap dia dah bosan dengan aduan saya..(maybe dia dah lupa yang dia pernah cakap macamni,tapi saya ingat)takpelah,saya pun paham..mula dari hari itu saya cuba tuk tak mengadu dengan dia,saya pendam sorang-sorang..ade gak saya tulis kat sini..tapi ada lah jugak termengadu kat my dear..(sorry yer my dear)..

Sekarang da tahun ke-3, masih menghadapi masalah yang sama..kebosanan semakin bertambah, tekanan pun semakin bertambah,boleh sakit jiwa tau..a.k.a boleh gila..

Tapi saya tak nak lah jadi macam tu..nauzubillah..so,sekarang ni saya harap saya dapat bersabar untuk beberapa bulan lagi..saya akan apply pindah bulan 9 nanti,insyaAllah jika diizinkan Tuhan,saya dapat pindah..untuk masa yang ada ni saya akan cuba hadapi dengan tenang..insyaAllah..

Berbalik kepada cerita kawan blogger saya tadi...saya ade perasaan takut sikit la masa mula-mula datang tapi saya tak jatuh pun dengan tempat ni..huhu..dan apa yang saya rasa ialah….NAK KELUAR DARI TEMPAT NI..huhu..

No comments: